suria

Mew Choo Tidak Puas Hati Aksi Pertama

KUALA LUMPUR: Meskipun pemain perseorangan wanita pertama negara, Wong Mew Choo memulakan saingan Piala Uber peringkat kumpulan A dengan cemerlang apabila menewaskan Rena Wang dari Amerika Syarikat 21-7, 21-10, dia masih kurang berpuas hati dengan mutu persembahannya sebentar tadi.

"Saya cuba untuk bermain dengan srategi selamat. Permainan tadi okey tetapi saya kurang berpuas hati. Pergerakan saya agak perlahan," katanya ketika ditemui pada sidang media di sini petang tadi.

Menurut Mew Choo, dia hanya mencari mood pada perlawanan pembukaan kerana masih sukar menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang memandangkan keadaan sedikit berangin.

Mengulas mengenai pertemuan dengan China pada pukul 6 petang esok, Mew Choo berazam untuk memberi tentangan sengit dan mengharapkan keajaiban mengiringi skuad negara.

"Tidak dinafikan esok adalah perlawanan sukar kerana China lawan yang kuat," katanya.

Bagi Mew Choo, apa yang penting kini adalah membawa skuad Piala Uber negara melangkah ke peringkat suku akhir dan selepas itu barulah mereka mengharapkan mendapat undian terbaik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain