Khee Wie/Hui Ling Bermandi Peluh Sebelum Menang - Sukan | mStar

Khee Wie/Hui Ling Bermandi Peluh Sebelum Menang

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu pilihan kedua negara, Woon Khee Wie/ Ng Hui Ling dipaksa bekerja keras oleh pemain Amerika Syarikat, Eva Lee/Mesinee Mangkalakiri pada set kedua sebelum bangkit dengan kemenangan 21-17, 22-24, 21-14.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mengutip mata kelima untuk negara pada saingan pembukaan tirai Piala Uber hari ini.

Kesilapan yang dilakukan Khee Wie/Hui Ling pada set kedua memaksa perlawanan diheret ke set ketiga.

Perlawanan yang mengambil masa selama 51 minit itu menyaksikan gandingan mantap dari AS itu bangkit pada set kedua sebelum Khee Wei/Hui Ling mengembalikan semula rentak permainan di set ketiga.

Esok, skuad Piala Uber akan bertemu China pada jam 6 petang manakala bagi aksi Piala Thomas, barisan skuad negara akan menentang Jepun yang dianggap sebagai perlawanan pertama mereka selepas menang percuma semalam apabila Nigeria lewat tiba disebabkan masalah penerbangan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan