suria

Kelewatan Nigeria Beri Skuad Negara Kemenangan Percuma

Pemain-pemain negara melambaikan tangan ke arah penonton kerana menang tanpa bertanding setelah pasukan Nigeria gagal muncul pada perlawanan itu. - Foto BERNAMA
Pemain-pemain negara melambaikan tangan ke arah penonton kerana menang tanpa bertanding setelah pasukan Nigeria gagal muncul pada perlawanan itu. - Foto BERNAMA
Pemain-pemain negara melambaikan tangan ke arah penonton kerana menang tanpa bertanding setelah pasukan Nigeria gagal muncul pada perlawanan itu. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam memutuskan memberi kemenangan 5-0 ke atas skuad negara ekoran kelewatan pasukan Nigeria tiba sebelum perlawanan pembukaan peringkat Kumpula B yang dijadual berlangsung pada jam 6 petang semalam.

Menurut Ketua Pegawai Operasi BWF, Thomas Lund, pihaknya masih belum memutuskan sama ada pasukan Nigeria akan dibenarkan menentang Jepun, hari ini.

"Kita ada kuasa untuk memutuskan sama ada Nigeria layak atau tidak untuk meneruskan pertandingan ini. Namun situasi yang melanda pasukan itu adalah diluar jangkaan dan pihak kami tidak dapat berhubung dengan mereka pada ketika ini," kata pada sidang media malam tadi.

Nigeria sepatutnya dijadualkan tiba pada jam 3 petang (semalam) tetapi hanya kelibat tiga pegawai pasukan itu yang kelihatan kerana mereka menaiki penerbangan berbeza dengan pemain-pemainnya.

Bagaimanapun, penerbangan yang membawa barisan pemain benua Afrika itu dijangka tiba pada pukul 9 malam atau pagi tadi. Kelewatan kesemua pemain Nigeria itu berpunca daripada penerbangan yang singgah di Dubai terpaksa ditunda.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perseorangan Negara, Rashid Sidek menyuarakan rasa kecewa dengan kejadian yang berlaku kerana skuad negara gagal memulakan pertandingan pemanas badan.

"Kami terpaksa menerima keputusan itu. Semua pemain sudah bersedia tetapi mereka tidak boleh beraksi kerana ketiadaan pasukan lawan," katanya.

Rashid berkata, jika perlawanan antara skuad negara dan Nigeria berlangsung semalam, ia permulaan baik untuk pasukan memandangkan mereka merancang menurunkan barisan pemain terbaik.

Namun, hasrat Malaysia untuk memulakan kempen Piala Thomas peringkat kumpulan tidak kesampaian dan menyebabkan semua pemain terpaksa turun gelanggang untuk sesi latihan semula hari ini sebelum bertemu Jepun, esok.

"Semua pemain hanya menunggu tetapi perlawanan tidak dapat dimulakan. Mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi hanya fokus pada perlawanan seterusnya," katanya.

Hari ini, skuad barisan Piala Uber negara dijadualkan bertemu Amerika Syarikat (AS) pada jam 6 petang.

Rashid bagaimanapun merahsiakan senarai pemain yang akan diturunkan esok namun menegaskan mereka perlu mencatat kemenangan di tempat sendiri.

"Kita tetap menurunkan pemain terbaik dan apa-apa kita perlu menang perlawanan hari ini," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain