Hoki : Malaysia Tewaskan Mesir 5 - 0

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia menewaskan Mesir 5-0 dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-19 di Stadium Sultan Azlan di sini hari ini.

Skuad negara melakukan serangan sejak babak pertama perlawanan di mana gol pertama diperolehi pada minit ke-24 hasil jaringan Azlan Misrom, menewaskan penjaga gol Mesir, Abd El Razak Farahat.

Sembilan minit kemudian, giliran Faizal Saari pula menjaringkan gol untuk pasukan mendahului 2-0 sehingga tamat babak pertama.

Malaysia terus menggasak kubu Mesir sebaik bermula separuh masa kedua dan berjaya mencari gol ketiga melalui jaringan Muhamad Amin Rahim pada minit 40.

Seminit kemudian, Azlan Misrom sekali lagi menjaringkan gol.

Skuad negara memperolehi gol kelima pada minit ke-50 menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Dalam satu lagi perlawanan, juara bertahan India menewaskan Australia 4-3.

Dengan kemenangan itu, India menghampiri ke perlawanan akhir Ahad ini selepas mengutip 10 mata daripada empat perlawanan.

India menjaringkan tiga gol pada separuh pertama melalui Tushar Khandker pada minit ke-19 dan ke-33 serta Rajpal Singh (21).

Namun Australia bangkit dengan dua gol pantas dalam tempoh lima minit saingan separuh masa pertama melalui Trent Mitton (38) dan Christopeher Ciriello (40).

Harapan Australia musnah apabila Shivendra Singh meledak gol keempat India pada minit ke-61 walaupun Mark Paterson merapatkan jurang Australia seminit sebelum siren penamat dibunyikan.

Sementara itu gergasi Asia, Korea Selatan menewaskan China 5-3.

Namun China memperolehi gol pertama seawal minit ke-3 melalui jaringan Sun Long yang menyempurnakan pukulan sudut pendek.

Gol pertama Korea diperolehi menerusi Cho Suk Hoon pada minit ke-25 diikuti jaringan pukulan sudut pendek Nam Hyu Woon pada minit ke-29 dan jaringan You Hyo Sik pada minit ke-32.

Pada separuh masa kedua, China merapatkan jurang melalui Yu Yang, dua minit selepas saingan bermula tetapi Korea membalas dengan dua gol melalui Yong Sun Hoon (39) dan Lee Seung Ii (46).

Walaupun Meng Jun merapatkan jurang jaringan pada minit ke-59 tetapi ia nyata tidak mampu mengubah nasib China. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan