suria

Gandingan Beregu Negara Menang Mudah

KUALA LUMPUR: Kehebatan gandingan beregu wanita pilihan negara, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui nyata sukar ditandingi Priscilla Lun/Keui-Ya Chen dari Amerika Syarikat (AS) apabila menang mudah 21-9, 21-8.

Pei Tty/Eei Hui sekadar mengambil masa selama 21 minit untuk menghadiahkan mata ketiga buat skuad negara sebentar tadi.

Menurut Pei Tty, mereka berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang yang sedikit berangin memandangkan sudah melakukan persediaan sejak dari awal lagi.

"Kali ini angin tidak begitu kuat. Secara keseluruhannya, persembahan tadi ok. Mungkin kita sudah melakukan persiapan rapi tentang cara untuk mengawal angin pada sesi latihan selama ini," kata pada sidang media sebentar tadi.

Pei Tty menyifatkan AS bukan pasukan sukar untuk ditundukkan berbanding China.

Katanya, memang tidak dinafikan China adalah pasukan kuat tetapi mereka perlu mempamerkan persembahan terbaik memandangkan juara bertahan itu mempunyai tiga pemain hebat.

"Saya tidak tahu siapa yang akan diturunkan China esok. Sesiapa saja pun mereka, ia tiada bezanya. Kita hanya perlu melakukan apa yang termampu pada pertemuan penting itu," tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain