suria

Chelsea Juara Liga Perdana Inggeris

CHELSEA mengalahkan Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge sekali gus menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jaringan hatrik Didier Drogba dalam perlawanan akhir itu membolehkan pemain Chelsea itu memenangi kasut emas EPL.

Drogba telah menjaringkan 29 gol musim ini berbanding pencabar terdekatnya, Wayne Rooney dari Manchester United, 26 gol.

Sebanyak 103 gol jaringan Chelsea dalam satu musim turut mencatatkan rekod baru dalam EPL.

Sementara itu, kemenangan Manchester United 4-0 keatas Stoke City tidak memberi erti kerana pasukan Alex Ferguson masih ketinggalan satu mata.

Lain-lain keputusan EPL:

Arsenal 4 - 0 Fulham

Burnley 4 - 2 Tottenham

Bolton 2 - 1 Birmingham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain