Kenya Dominasi Cabaran Sultan Ahmad Shah Tioman Eco Challenge

Diterbitkan: Ahad, 9 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIOMAN: Peserta dari Kenya mendominasi cabaran Sultan Ahmad Shah Tioman Eco Challenge (SASTIEC) yang berakhir semalam apabila mengungguli saingan lelaki dan wanita Antarabangsa.

Juara bertahan, Philip Kipkemei Ronoh dari Kenya mengekalkan kejuaraannya buat kali kedua bagi kategori lelaki antarabangsa dengan menamatkan rentasan trek sejauh 30 kilometer dalam masa 3 jam 55 minit dan 31 saat.

Rakan senegaranya, Sila Sematai berada di tempat kedua dengan catatan masa 4:19:42 diikuti seorang lagi peserta Kenya, Hillary Kipchumba Kimutai (4:32:21).

Peserta negara itu turut mengungguli kategori wanita antarabangsa apabila Irene Jeptoo Kipchumba muncul juara sementara rakan senegaranya, Monica Chepkurgat berada di tempat kedua.

Peserta Malaysia, Noor Amelia Musa menamatkan cabaran sejauh 25 km itu dengan berada di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi kategori lelaki tempatan, tiga peserta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Sungai Udang, Melaka iaitu Mohd Zuhar Ismail, Mohd Radhi Abu Hassan dan Mohamad Allie Helmy Sabtu masing-masing menamatkan perlumbaan dengan mengisi tiga tangga teratas.

Bagaimanapun, bagi kategori wanita tempatan, tiada pemenang diperolehi selepas kesemua peserta gagal menamatkan saingan.

Perlumbaan yang dilepaskan oleh Pengerusi SASTIEC, Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar pada 8.30 pagi dan berakhir 5 petang semalam di Kampung Tekek di sini melibatkan penyertaan seramai 238 peserta termasuk dari negara Maghribi, Afrika Selatan, Maldives, Singapura, Arab Saudi dan Ghana.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan upacara penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan tersebut yang turut bertujuan memberi kesedaran berhubung pemuliharaan penyu.

Sementara itu, Tengku Kamarulzaman ketika ditemui pemberita berkata, kejohanan kali ini berjaya menarik lebih ramai peserta berbanding tahun lepas yang mencatatkan 119 penyertaan dan 80 peserta pada 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan