suria

Jenama Sukan Terkemuka China Buka Gedung Utama Akhir Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Li Ning Company Ltd, jenama sukan kedua terbesar di China, akan membuka rangkaian gedung utamanya di Malaysia antara bulan Oktober dan Disember.

Gedung itu, kerjasama antara Li Ning dan Sunlight Marketing Sdn Bhd, adalah gedung keempat seberang lautnya, selepas Singapura, Hong Kong dan AS.

Syarikat ini pada masa ini dalam proses mendapatkan lokasi sesuai di Lembah Klang.

"Membuka gedung utama ini penting untuk jenama baru seperti kami untuk menembusi pasaran dan mengetengahkan keseluruhan rangkaian produk LI-NING," kata Pengurus Besar Li Ning untuk Operasi Asia Tenggara, Vivien Lim di sini hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar selepas pelancaran jenama produk badminton "LI-NING" di Malaysia, beliau berkata kemasukan jenama itu ke pasaran Malaysia adalah langkah penting ke arah mewujudkan kehadiran di pasaran antarabangsa.

"Memandangkan sukan amat popular di Asia Tenggara, kami merasa memperkenalkan rangkaian produk badminton adalah platform yang sesuai untuk menonjolkan jenama LI-NING di Malaysia, kata beliau.

Jenama produk "LI-NING" telahpun ada di Malaysia menerusi pengedar tunggalnya, Sunlight Marketing.

Sementara itu, gedung utama LI-NING di Singapura menyaksikan jualan menggalakkan untuk produk kasut dan siri reket pemain adalah barangan yang paling popular.

Selain daripada Singapura dan Malaysia, Lim berkata kumpulan itu turut berhasrat menembusi Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina dan India.

Artikel Sebelum

Artikel Lain