suria

Man Harap Tuah Di Tempat Sendiri

KUALA LUMPUR: Pelumba handalan Mohd Rozaiman Mohd Said mengharapkan tuah beraksi di halaman sendiri apabila pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas menggegar Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, pada hujung minggu ini.

Beliau yang mesra dengan panggilan 'Man' berazam untuk memperbaiki prestasi bagi menebus kembali kekecewaan menduduki tempat keempat dalam kategori CP115 pada dua pusingan sebelum ini.

"Sebagai anak jati Pulau Pinang saya harap mampu mencatat keputusan yang lebih baik bagi merealisasikan impian memperoleh kedudukan podium di negeri kelahiran sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pelumba muda berusia 21 tahun itu berkata, beliau perlu bekerja keras untuk merapatkan jurang pungutan mata dengan pendahulu keseluruhan Mohd Iskandar Raduan dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Raceline yang selesa dengan 45 mata.

Mohd Rozaiman, yang menduduki tangga ketiga keseluruhan, ketinggalan 10 mata di belakang pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha AHM Racing, Mohd Ramdan Mohd Rosli.

Artikel Lain