Wenger Sedia Berbelanja Besar

Diterbitkan: Ahad, 2 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chamakh dilaporkan akan menyertai The Gunners pada musim panas ini. - Foto AP
Chamakh dilaporkan akan menyertai The Gunners pada musim panas ini. - Foto AP

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger lebih terkenal kerana melahirkan pemain muda berbakat berbanding mengeluarkan pelaburan besar.

Namun, kini dia bersedia berbelanja besar untuk membawa masuk pemain bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula kelak.

Menurut Sunday Mirror, Wenger menyenaraikan beberapa nama pemain yang berpotensi untuk menyarung jersi The Gunners pada musim panas ini.

Pemain tengah West Ham, Scott Parker adalah nama terbaru yang ditambah dalam senarai buruannya selain penjaga gol Manchester City, Joe Hart, pemain pertahanan Brede Gangeland dan Gary Cahill serta pemain tengah Aston Villa, James Milner.

Wenger dilihat bersedia menambah beberapa pemain berpengalaman ke dalam skuad kendaliannya dan menganggap Parker sebagai contoh terbaik kepada pemain muda Arsenal.

"Kami mempunyai ramai pemain muda. Kini kami memerlukan pemain yang lengkap dengan semua pakej," katanya.

Arsenal akan mengesahkan perpindahan pertama pada musim panas ini apabila Marouane Chamakh berhijrah dari Bordeaux secara percuma.

Pemain kebangsaan Morocco itu dilaporkan sudah bersetuju untuk menyertai The Gunners selepas kelab tersebut gagal mendapatkan khidmatnya pada awal tahun lalu.

Polisi baru Wenger juga dilaporkan akan menyaksikan Sol Campbell dan William Gallas ditawarkan kontrak baru di Emirates.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan