suria

Moh Keen Ho Juara Snuker Kebangsaan

JOHOR BAHARU: Bekas pemenang pingat emas Sukan SEA acara snuker mempunyai sebab untuk tersenyum girang di penghujung minggu ini.

Malam tadi pemain berumur 27 tahun itu memenangi gelaran juara Snuker Kebangsaan dengan kemenangan 6-3 menewaskan Lai Chee Wei dalam perlawanan peringkat akhir 11-frame terbaik di Kelab AQ di Petaling Jaya, untuk membawa pulang RM5,000.

Hari ini pula beliau akan berkahwin di rumahnya di Petaling Jaya.

Bagi Keen Ho yang meraih pingat emas perseorangan di Sukan SEA Korat pada 2007 dan bekas Juara Remaja Asia, kemenangan malam tadi merupakan yang pertama baginya untuk menjadi juara peringkat kebangsaan dan kali pertama beliau ke final, selepas beliau melangkah ke arena antarabangsa sembilan tahun lalu.

Lawannya Chee Wei yang dilahirkan di Taiping, merupakan pemenang pingat perak dalam acara beregu di Sukan SEA Laos tahun lepas, juga baru pertama kali menjejak kaki ke peringkat final kejohanan kebangsaan. Keen Ho menampilkan aksi yang cukup hebat apabila beliau berupaya bangkit selepas ketinggalan dua frame, untuk memenangi lima frame berikutnya.

Chee Wei kemudian satu frame sebelum Keen Ho kembali cemerlang untuk memenangi frame berikutnya dengan keputusan 6-3. Dalam perlawanan separuh akhir sebelum itu Keen Ho menewaskan Mohammad Reza 5-4 dalam perlawanan sembilan frame terbaik manakala Chee Wei menewaskan penyandang juara Thor Chuan Leong 5-3.

Kemenangan itu bagaimanapun bukan jaminan yang Keen Ho akan dipilih untuk ke Sukan Asia Guangzhou Disember ini memandangkan Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) masih belum memberi kata putus mengtenai senarai akhir mereka.

Artikel Lain