suria

Kachelhoffer Juara Langkawi Criterium

LANGKAWI: Tim Medscheme dari Afrika Selatan meneruskan kecemerlangan mereka di Malaysia bila mereka memenangi Langkawi Criterium 2010 menerusi Hanco Kachelhoffer di Dataran Marmar, Kuah, di sini hari ini.

"Ia perlumbaan singkat dan saya betul-betul bertuah mendapat mata bagi kebanyakan pusingan pecut.

"Keseluruhannya, ia perlumbaan yang agak sengit bagi kami memandangkan kami tidak mencapai prestasi begitu baik pada pertandingan, Tour of Thailand. Saya berminat datang kembali ke Malaysia dan mengambil bahagian dalam lebih banyak pertandingan pada masa depan," kata Kachelhoffer.

Kachelhoffer mendahului pertandingan Langkawi Criterium dengan 25 mata, sementara pelumba kebangsaan Malaysia Mohd Harriff Salleh menduduki tempat kedua dengan 22 mata.

Di tempat ketiga Mohd Saufie Mat Senan dari pasukan negeri Terengganu dengan 14 mata. Kachelhoffer meraih hadiah wang tunai RM2,500, sementara Mohd Harriff dan Mohd Saufie masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000.

Langkawi Criterium diadakan tahun ini sebagai sebahagian daripada Jelajah Malaysia sebagai memenuhi peraturan UCI baru-baru ini sambil mempromosi Langkawi menerusi sukan.

Langkawi Criterium melibatkan jarak perlumbaan 80km dengan perlumbaan empat pusingan pecut (2km x 40 pusingan) di sekitar Jalan Padang Matsirat dan Persiaran Mutiara 2.

Sejumlah 92 pelumba dari 17 pasukan memulakan perlumbaan itu. KEPUTUSAN LANGKAWI CRITERIUM 2010: - 10 Pemenang teratas:

1. Hanco Kachelhoffer (Team Medscheme) - 25 mata

2. Mohd Harrif Salleh (Malaysia) - 22 mata

3. Mohd Saufie Mat Senan (Terengganu) - 14 mata

4. Rasoul Barati (Giant Asia Racing Team) - 13 mata

5. Sergey Kudentsov (Polygon Sweet Nice) - 12 mata

6. Mohamad Adiq Husainie Othman (Malaysia) -7 mata

7. Waylon Woolcock (Team Medscheme) - 5 mata

8. Suhardi Hassan (Wilayah Persekutuan) - 4 mata

9. Nunung Burhanudin (Indonesia) - 3 mata

10. Iwan Setiawan (Kelab Berbasikal Kastam) - 2 mata

Artikel Lain