Milik Rooney Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tuah terus mengiringi Rooney apabila dia menerima anugerah keduanya musim ini. - Foto AP
Tuah terus mengiringi Rooney apabila dia menerima anugerah keduanya musim ini. - Foto AP

LONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney meraih anugerah kedua musim ini apabila dinobatkan selaku Pemain Terbaik Tahunan buat pertama kalinya oleh Persatuan Penulis-penulis Bolasepak (FWA).

Rooney yang menjaringkan 30 gol untuk United dalam semua perlawanan musim ini, memperoleh 80 peratus undian daripada ahli-ahli FWA.

Penyerang Chelsea, Didier Drogba menduduki tempat kedua manakala wakil Manchester City, Carlos Tevez di tempat ketiga.

"Saya amat berbangga kerana menerima anugerah bersejarah dan mengikut jejak langkah pemain hebat yang diberi penghormatan oleh FWA sejak 1948.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Sir Alex Ferguson, kakitangan kejurulatihan dan rakan sepasukan yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya," katanya.

Rooney yang menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA, Ahad lalu mempamerkan aksi menakjubkan selepas pemergian pemain sensasi Cristiano Ronaldo ke Real Madrid walaupun penampilannya dalam baki dua perlawanan musim ini terjejas akibat kecederaan pangkal paha.

Dia tidak akan turun memperkuat United pada dua perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ketika pasukan itu cuba memintas Chelsea di kedudukan teratas.

"Rooney layak menerima anugerah berharga ini. Kejayaan itu dinilai menerusi prestasinya bersama kelab dan negara pada musim ini," kata Pengerusi FWA, Steve Bates.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan