suria

Gelaran Juara Terletak Di Tangan Liverpool

Steven Gerrard (dua dari kanan) menjadi sandaran utama Liverpool untuk mencatat keputusan positif di gelanggang sendiri, esok. - Foto AP
Steven Gerrard (dua dari kanan) menjadi sandaran utama Liverpool untuk mencatat keputusan positif di gelanggang sendiri, esok. - Foto AP
Steven Gerrard (dua dari kanan) menjadi sandaran utama Liverpool untuk mencatat keputusan positif di gelanggang sendiri, esok. - Foto AP

PERTEMBUNGAN antara dua kelab gergasi England, Liverpool dan Chelsea, malam esok merupakan saat paling mendebarkan di kalangan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL)di seluruh negara.

Namun, perlawanan sengit itu sudah tentu membuatkan Manchester United terutama pengurusnya, Sir Alex Ferguson tidak senang duduk.

Mahu tidak mahu, United terpaksa menerima apa saja keputusan perlawanan itu kelak memandangkan mereka akan bertemu Sunderland selepas aksi antara Liverpool dan pencabar utama, Chelsea selesai.

Lebih menarik, Liverpool menganggap mereka akan menjadi penentu pasukan manakah yang akan bergelar juara pada musim ini walaupun menyedari peluang untuk mengisi kelompok empat teratas semakin tipis.

Chelsea mahupun Liverpool masing-masing mempunyai misi tersendiri. Oleh itu, kedua-duanya perlu bijak dalam mengatur strategi permainan kelak.

Liverpool dilihat akan memberi tentangan sengit kepada anak buah Carlo Ancelotti untuk menghidupkan sebarang kemungkinan melangkah ke saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan.

Andai kedua-dua pasukan terikat seri, United mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan trofi liga buat musim keempat berturut-turut.

Malah lebih memeritkan, rekod 18 mahkota kejuaraan yang berjaya dicatat Liverpool pada saingan EPL akan berjaya dipintas United.

Keadaan itu mungkin memaksa Liverpool memberi laluan kepada Chelsea untuk mencatat kemenangan di Anfield berbanding membiarkan United pulang dengan trofi liga ke-19, musim ini.

Hakikatnya, Chelsea adalah lawan sukar untuk The Reds jika melihat kepada persembahan mereka menentang Stoke City pada Ahad lalu.

Namun, itu bukan alasan bagi Liverpool untuk membiarkan mereka tersungkur di hadapan penyokong sendiri. Mereka bukan saja perlu fokus malah persembahan terbaik kelak akan menentukan hala tuju Liverpool pada kempen musim depan.

Menjelang pertemuan dengan Sunderland, Ferguson mengingatkan anak buahnya supaya fokus pada baki dua perlawanan getir itu.

Sunderland ternyata lawan sukar buat United. Berdasarkan keputusan perlawanan terdahulu, Sunderland berjaya mengikat kedudukan 2-2 dengan United di Old Trafford. Mereka juga pernah menewaskan Liverpool, Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium of Light.

Perkara itu diakui sendiri oleh Ferguson. Beliau menyifatkan Darren Bent, Frazier Campbell dan Kenwyne Jones mempamerkan aksi menakjubkan dan banyak membantu Sunderland mengisi kelompok 10 teratas musim ini.

Apa yang pasti setiap pasukan tidak mahu istilah kekalahan wujud dalam kamus hidup mereka. Jadi, keempat-empat pasukan ini tentu akan menjanjikan aksi terbaik demi menjaga maruah masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain