Perak, KL Bakal Berentap Di Perlawanan Akhir Piala Razak

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perak dan Kuala Lumpur bakal berentap di perlawanan akhir Liga Divisyen Satu kejohanan hoki Piala Razak edisi ke-48 setelah menewaskan lawan masing-masing di Stadium Hoki Wisma Belia (SHWB) di sini hari ini.

Perak berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan dengan memungut 15 mata selepas menewaskan Pulau Pinang 1-0 bagi mengisi kedudukan tangga teratas liga Divisyen Satu.

Jaringan emas pasukan bimbingan P.S Marjit Singh itu diperolehi menerusi gol padang oleh Mohammad Noor Khairul Azrain pada minit ke-35.

Kuala Lumpur pula menduduki carta kedua liga selepas lima perlawanan dengan pungutan 13 mata setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0.

Gol-gol anak didik K. Rajan diperolehi menerusi jaringan hatrik Muhammad Amin Rahim pada minit ke-23, 34 dan 38 yang ditambah dengan jaringan Tajul Roslie Mohamed (57) dan M. S. Harvinder Singh (66).

Dalam satu lagi perlawanan Divisyen Satu menyaksikan Johor menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Negeri Sembilan mula mencuri tumpuan dengan jaring awal menerusi M. Rageshwaran minit ke-45 sebelum Johor bangit bagi mencipta kemenangan dengan dua jaringan oleh Mohd Azami Adam (47) dan Baljit Singh (62).

Sementara itu dalam saingan Divisyen Dua yang berlangsung di Padang Hoki Majlis Sukan Pahang (SUKPA), menyaksikan Singapura menjadi pasukan pertama layak ke pusingan separuh akhir dengan menungguli Kumpulan A selepas menewaskan Kelantan 5-1.

Gol Singapura dijaringkan oleh Hazmi Ibrahim (3), Ian Vanderput (13, 32), Farhan Kamsani (52) dan Nur Ashriq Ferdaus Zulkepli (69) manakala gol Kelantan diperolehi menerusi jaringan Shahrul Anuar Ibrahim (62).

Dalam satu lagi perlawanan Divisyen Dua, PDRM berjaya menambah koleksi tiga mata penuh selepas menewaskan Sabah 4-2.

Gol-gol PDRM dijaringan oleh Muhammad Najib Ahmad (9), Mohammad Naim Ibrahim (24), Mohd Rizal Haniffa (51) dan Faharul Nazrey Harun (56) manakala gol Sabah diperolehi menerusi jaringan Eldon Lemery (23 dan 53).

Jadual perlawanan esok: Divisyen Dua.

1. Pahang lwn Selangor (SUKPA) - 3.30 petang

2. Kedah lwn Sabah (SUKPA) - 5.30 petang

3. Perlis lwn Terengganu (SHWB) - 3.30 petang

4. Kelantan lwn PDRM (SHWB) - 5.30 petang - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan