Man Utd: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Diterbitkan: Rabu, 31 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NASIB Manchester United semalam ibarat jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tewas pada saat-saat akhir 2-1 kepada Bayern Munich dalam perlawanan pertama pusingan suku akhir Piala Juara-Juara Eropah, kini juara Inggeris itu sedang menanti penuh debar untuk mengetahui sejauh manakah seriusnya kecederaan buku lali penyerang handalan mereka Wayne Rooney.

Rooney terpaksa diusung keluar lebih kurang tiga minit sebelum perlawanan tamat kerana kecederaan pada buku lalinya.

Dan beberapa minit selepas dia mengalami kecederaan itu, Bayern menjaringkan gol kemenangan mereka pada minit ke-90.

Sejurus selepas perlawanan tamat, dia terus dibawa menjalani ujian kecergasan untuk memastikan sejauh manakah kecederaannya itu akan menjejaskan persiapan mereka pada perlawanan kedua seminggu dari sekarang.

Sekarang dengan hanya tinggal baki enam perlawanan liga lagi dan United memasuki pusingan suku akhir Piala Eropah, isu yang berlegar di kepala Sir Alex Ferguson sekarang ialah apakah Rooney boleh bermain dalam kesemua baki perlawanan musim ini.

Jika kecederaannya serius, penyerang England itu ada kemungkinan terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Yang pasti, Rooney tidak akan turun menentang Chelsea Sabtu ini. Perlawanan dua gergasi ini bakal menentukan siapakah yang layak menduduki takhta Liga Perdana Inggeris.

Kata Ferguson adalah terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan tentang nasib Rooney buat masa ini.

Gol Rooney diawal perlawanan semalam adalah yang ke-34 musim ini dan mungkin juga yang terakhir.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan