Rabuan Pit Sifatkan Mutu Sukan Negara Malap

Diterbitkan: Isnin, 29 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Bekas jaguh pecut negara, Rabuan Pit menyifatkan kemajuan teknoloji dan sains sukan tidak banyak membantu memulihkan mutu sukan negara malah terdapat bidang yang dahulu cemerlang kini menjadi semakin malap.

"Dahulu, prestasi ramai atlet boleh dipuji. Kerana kesungguhan mereka, hasilnya membanggakan termasuk yang memecah rekod walaupun kemudahan latihan terhad," katanya.

Rabuan antara jaguh pecut Asia meraih pingat emas pada Sukan Sea 1982 bagaimanapun terpaksa meninggalkan sukan olahraga yang sebati dengan dirinya pada 1987 akibat kecederaan kaki kanan yang dialaminya.

Beliau ditemui pada konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah di sini hari ini untuk melihat anak bongsunya Nur Liyana Rabuan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.

Menurut Rabuan dunia sukan negara pada hari ini khususnya olahraga menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan walaupun dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap dan tunjuk ajar jurulatih profesional.

Beliau berkata atlit negara masih lemah dari segi semangat kesukanan namun masih boleh dimantapkan sekiranya mereka mampu memberi komitmen sepenuhnya.

"Organisasi seperti sekolah, jabatan kerajaan dan pihak berkaitan boleh memainkan peranan membantu menggilap bakat-bakat baru bagi melahirkan pelapis yang mampu membawa cabaran negara di persada antarabangsa," katanya.

Mengenai dirinya, pegawai polis Bukit Aman itu berkata beliau banyak terlibat dengan aktiviti Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) serta memenuhi undangan sekolah, universiti, sektor awam dan swasta memberi ceramah.

"Saya bersedia berkongsi pengalaman sepanjang pembabitan saya dalam bidang olahraga untuk dijadikan panduan generasi muda yang berminat dengan sukan," tambahnya.

Mengenai Nur Liyana yang kini bertugas di IBM Sdn Bhd, Rabuan berkata anaknya walaupun tidak aktif bersukan merupakan pelajar yang aktif dalam bidang ko-kurikulum selama empat tahun beliau menuntut di UUM. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan