Suryani Dorong Kejayaan Penembak Malaysia Di New Delhi

Diterbitkan: Ahad, 28 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan penembak wanita negara, Nur Suryani Mohd Taibi meraih perak di kejohanan Piala Dunia di Sydney, Australia Selasa lepas pastinya membakar semangat penembak lain untuk turut mencipta kejayaan pada temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi Oktober nanti.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia, Mejar Jasni Shaari berkata berdasarkan prestasi semasa penembak negara seperti Hasli Izwan Amir Hassan dan Nur Suryani, ia memberi petunjuk bahawa skuad negara berkemampuan untuk memperolehi pingat sekurang-kurang satu emas di New Delhi.

"Cabaran di New Delhi adalah lebih mudah berbanding di Australia kerana di sana tidak ramai penembak handalan bertaraf Olimpik yang mengambil bahagian.

"Saya yakin penembak kita tidak mempunyai masalah untuk meraih pingat di sana nanti," katanya kepada Bernama hari ini.

Jasni berkata sehingga hari ini hanya tiga penembak layak untuk beraksi di New Delhi iaitu penembak Olimpik negara, Hasli Izwan Amir Hassan yang akan menyertai tiga acara pistol iaitu 25 meter rapid fire, 25m centre fire dan 50m free pistol.

Manakala Nur Suryani dan Shahera Rahim Raja akan beraksi dalam acara 50m raifal prone, 50m raifal tiga posisi dan 10m raifal angin.

"Senarai akhir mereka yang terpilih hanya dapat diketahui pada awal Mei nanti setelah mendapat persetujuan daripada pihak Majlis Olimpik Malaysia," katanya.

Sebanyak 17 acara sukan akan dipertandingkan pada Sukan Komanwel 2010, antaranya menembak, angkat berat, akuatik, badminton, berbasikal, bola jaring, boling padang, gimnastik, olahraga, hoki, ping pong dan tinju. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan