suria

PSM Adakan Pencalonan Baru

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan mengadakan proses pencalonan baru bagi memilih barisan kepimpinan persatuan termasuk jawatan presiden untuk penggal 2010-2013.

Presidennya Datuk Ahmad Ismail berkata perkara itu dipersetujui sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi PSM yang bermesyuarat semalam.

"PSM akan mengeluarkan borang pencalonan kepada semua anggota gabungan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut.

Yang bakal ditandingi ialah jawatan presiden, timbalan presiden dan empat kerusi naib presiden.

Pada proses pencalonan awal bulan ini, Ahmad berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2010-2013 setelah pencalonan pencabar beliau dari Kuala Lumpur dan Selangor ditolak atas alasan tidak mendapat sokongan anggota gabungan lain.

Keputusan terbabit menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak dan individu.

Ahmad berkata pemilihan yang akan diadakan serentak dengan mesyuarat agung tahunan PSM akan menggunakan perlembagaan baru yang telah mendapat kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

"Tarikh baru pemilihan dan AGM akan ditentukan oleh jawatankuasa exco PSM dalam masa terdekat di mana 27 Jun merupakan hari terakhir untuk mengadakannya," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain