suria

Man Utd Kejar Kemenangan Ketujuh Menentang Bolton Awal Pagi Nanti

MANCHESTER UTD yang akan bertembung dengan Bolton pada jam 1.25 pagi nanti (waktu Malaysia) tidak akan melepaskan peluang untuk mencari kemenangan yang ketujuh berturut-turut sekaligus terus mengukuhkan kedudukan mereka di takhta liga.

Penyandang juara itu akan bertandang ke Stadium Reebok dengan statistik yang memberansangkan.

Dengan Van der Sar, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand masing-masing telah pulih dari kecederaan, benteng United kelihatan kukuh malah mereka hanya melepaskan dua gol sahaja dalam enam perlawanan terdahulu.

Malah terdapat juga kemungkinan Sir Alex Ferguson menyenaraikan pemain tengah Owen Hargreaves dalam bangku simpanan untuk pertama kalinya.

Hargreaves,29, yang kali terakhir menyarung jersi United 18 bulan yang lalu akibat kecederaan pada kedua-dua belah lututnya telah beraksi bersama skuad simpanan United minggu lalu.

Pemilihan pemain untuk menentang Bolton sudah pastinya memeningkan kepala Ferguson memandangkan mereka akan berhadapan dengan tiga perlawanan penting selepas ini iaitu perlawanan suku akhir pusingan pertama menentang Bayern Munich pertengahan minggu depan dan selepas itu menentang Chelsea 3 April.

Dengan situasi ini, ada pemerhati bolasepak berpendapat, Ferguson akan menurunkan pemain-pemain pelapis dalam perlawanan menentang Bolton seperti Johanthan Evans, Darron Gibson dan de Silva.

Di barisan serangan, walaupun di dalam hati Ferguson beliau mahu merehatkan Wayne Rooney tetapi mengetahui penyerang yang telah menjaringkan 33 gol musim ini, tidak mungkin dia mahu memanaskan bangku simpanan.

Yang pasti, akan kembali bermain ialah Dimitar Berbatov.

United, Chelsea dan Arsenal yang hanya masing-masing dipisahkan dengan kelebihan satu mata sahaja perlu memenangi tujuh baki perlawanan mereka dalam liga musim ini untuk muncul juara.

Sebarang kesilapan dalam mana-mana perlawanan hanya akan membawa padah di luar kawalan yang tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain