suria

5,000 Sertai Larian Malam Energizer

KUALA LUMPUR: Larian Malam Energizer 2010 yang julung kali diadakan, di Dewan Komuniti Taman Tasik Cyberjaya esok telah menarik penyertaan 5,000 orang.

Peserta larian, anjuran Energizer (M) Sdn Bhd, akan menggunakan lampu lempah di sepanjang perlumbaan itu, menjadikan laluan perlumbaan arus cahaya yang terang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ini kali pertama larian malam seumpama itu diadakan di Malaysia.

Larian itu terbahagi kepada empat kategori 10km, 21km, 42km, dan lari berganti-ganti 4x10km, dan peringkat pertama akan dilancarkan di kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pada 5.30 petang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain