suria

Mumtaz Jaafar Dianugerah Tali Pinggang Hitam Kehormat Taekwondo

KUALA LUMPUR: Pengerusi eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) Datuk Paduka Dr Mumtaz Jaafar dianugerahkan tali pinggang hitam kehormat taekwondo sebagai pengikhtirafan bagi sumbangannya dalam bidang sukan.

Anugerah tersebut diberikan oleh Persekutuan Taekwondo Global Malaysia sempena penganjuran kejohanan taekwondo tradisional jemputan ke-23 di sini haru-baru ini, demikian menurut satu kenyataan Yakeb hari ini.

Mumtaz, bekas pelari pecut negara, turut dianugerahkan ijazah falsafah sains seni mempertahankan diri oleh World Academy of Martial Arts Philosophy & Science, pada majlis yang sama.

Sementara itu, pada Sabtu lepas, Yakeb menganjurkan satu upacara keagamaan bagi bekas-bekas atlet negara bukan beragama Islam pada satu majlis di Kuil Sri Ramalingeswara, Bangsar, di sini.

Seramai 80 bekas atlet negara bersama keluarga mereka hadir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kedudukan Liga Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Lain