13 Negara Sertai Kejohanan Bola Tampar Remaja Perempuan B18

Diterbitkan: Selasa, 23 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 buah negara telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Bola Tampar Remaja Perempuan Asia Bawah 18 Tahun yang akan diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini pada 20-28 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Datuk Lee Jian Xian berkata, kejohanan tersebut yang melibatkan 156 pemain dan 78 pegawai diadakan sempena ulang tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Selain Malaysia, turut serta ialah Thailand, Vietnam, India, Iran, Kazakhstan, Jepun, China, Australia, New Zealand dan Singapura, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jurulatih Malaysia, Moh Wung Ming berkata, seramai 19 pemain telah menjalani sesi pemilihan di Sibu, Sarawak pada Januari lalu dan beberapa orang lagi akan dipanggil sebelum senarai akhir pemain dikeluarkan.

Sejak Januari lalu, pasukan tersebut hanya menyertai Kejohanan Mizuno di Johor pada bulan lepas dan meraih tempat ketiga. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan