suria

Suku Akhir Liga Juara-Juara: United Bertemu Bayern

LONDON: Manchester United bakal berhadapan dengan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich pada peringkat suku akhir Piala Juara-Juara Eropah dalam pengundian yang berlangsung malam tadi.

Dalam satu lagi pengundian, Arsenal juga turut berhadapan dengan jalan sukar iaitu bertemu penyandang juara, Barcelona.

Lain-lain keputusan pengundian ialah:

LYON LWN BORDEAUX dan INTER MILAN LWN CSKA MOSCOW.

Pertemuan pertama akan berlangsung pada 30 dan 31 Mac manakala pertemuan kedua pula ditetapkan pada 6 dan 7 April.

Dan kemungkinan pengundian di peringkat separuh akhir pula bakal menyaksikan Bayern Munich atau Manchester United melawan Lyon atau Bordeaux manakala Internazionale atau CSKA Moscow melawan Arsenal atau Barcelona.

Pusingan pertama peringkat separuh akhir pula akan berlangsung pada 20 dan 21 April dan pusingan kedua separuh akhir pada 27 dan 28 April.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain