suria

Muhammad Zulkifli, Fazila Umirah Olahragawan/Olahragawati MSST

KUALA TERENGGANU: Pemain sepak takraw Muhammad Zulkifli Razak dan atlet olahraga Fazila Umirah Mazlan masing-masing dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Majlis Sukan Sekolah-sekolah Terengganu (MSST) 2009 malam tadi.

Kedua-duanya yang merupakan pelajar Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas, Setiu menerima hadiah wang tunai RM2,000 setiap seorang.

Muhammad Zulkifli pernah mewakili pasukan senior Malaysia ke kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai, Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia di Thanh Hao, Vietnam dan Dragon Cup di Hamburg, Jerman.

Fazila Umirah pula pernah mewakili negara di Kejohanan Olahraga Atlet Kecil di Perth, Australia.

Zulbahrin Mat Asri dan Nur Shahira Muliadi pula diisytihar sebagai olahragawan dan olahragawati Tunas Harapan yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Sekolah Menengah Kebangsaan Jenagor, Hulu Terengganu dan Sekolah Rendah Sura, Dungun turut diisytihar sebagai Sekolah Berwatak Sukan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain