Hafiz Hashim Bangga Kejayaan Chong Wei

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas juara Seluruh England 2003, Muhammad Hafiz Hashim berkata, kejayaan Datuk Lee Chong Wei mengulangi kejayaan yang sama tahun ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai pemain badminton terbaik.

"Saya kagum melihat persembahan yang ditunjukan oleh Chong Wei walaupun beliau agak ketinggalan pada awal perlawanan. Keazaman untuk menang banyak membantu beliau untuk kembali bangkit mengatasi pemaian muda dari Jepun itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Muhammad Hafiz berkata, sebagai rakyat Malaysia dan salah seorang daripada pemain badminton negara, adalah tidak keterlaluan bagi beliau untuk turut mengagumi kejayaan rakan sepasukannya.

"Kejayaan ini adalah baik untuk Chong Wei sendiri dan juga satu kejayaan yang baik bagi semua peminat badminton negara," katanya.

Chong Wei, pemain perseorangan utama negara dan pemain nombor satu dunia, dinobatkan sebagai juara baru Seluruh England pada edisi ke-100 kejohanan itu selepas menewaskan pemain remaja Jepun, Kenichi Tago dengan 21-19 dan 21-19.

Sebagai rekod, kali pertama Malaysia menjuarai acara perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Seluruh England ialah pada 1966 menerusi Tan Aik Huang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan