Felda United Bertahan Di Persada Liga Perdana - Sukan | mStar

Felda United Bertahan Di Persada Liga Perdana

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Felda United terus bertahan di puncak liga selepas berjaya menumpaskan pasukan Harimau Muda di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Gol-gol Felda United dijaringkan oleh Khairul Izwan Khalid (minit-22), Fatrurazi Rozi (minit-58) dan Norismaidham Ismail (minit-88).

Sementara itu gol tunggal bagi Harimau Muda disumbangkan oleh Saiful Ridzuan Selamat pada minit ke-42.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pos Malaysia membelasah MP Muar 5-0 manakala di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Pasukan PKNS menang 3-0 menumpaskan Shahzan Muda.

Di Melaka pula, pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan peluang bermain di halaman sendiri selepas tewas 0-6 kepada Sabah.

Di Negeri Sembilan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Gol-gol ATM dijaringkan oleh Muhd Syafiq Abdul Samad (minit-27), Gol sendiri pemain PDRM (minit-75) dan Mohd Zainal Jakaria (minit-82).

Di Sarawak, pasukan tuan rumah memanfaatkan peluang bermain di halaman sendiri selepas menang 2-0 USM FC. Skuad Bujang Senang membuka tirai jaringan pada minit ke-71 menerusi Mohd Shahrol Saberi diikuti Zamri Morshidi pada minit ke-75. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan