RASMI. Smesy pemain lelaki beregu badminton, Tan Boon Heong dengan kelajuan 421 kilometer sejam diiktiraf sebagai yang paling kencang pernah dibuat oleh pemain badminton setakat ini.Rekod itu tercatit dalam buku rekod dunia Guinness! Khamis lalu, beliau menerima sijil pencapaian daripada pengasas Yonex, Minoru Yoneyama.