Malaysia Sasar Tiga Emas Pada Kejohanan Pelayaran Asia Di China

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Selepas mencapai kejayaan membanggakan pada Kejohanan Perahu Layar Laser Asia Pasifik di Pattaya, Thailand yang berakhir semalam, Malaysia kini mensasar meraih tiga pingat emas pada Kejohanan Pelayaran Asia di Shanwei, China mulai 18 hingga 27 Mac ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata beberapa pelayar boleh diharapkan dalam mencapai sasaran itu terutama Mohd Romzi Muhammad yang memenangi pingat emas dalam kelas Laser Radial pada Kejohanan Perahu Layar Laser Asia Pasifik itu.

Pada kejohanan di Pattaya itu, Malaysia meraih satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa dan sebelum itu pasukan Malaysia berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan pada Kejohanan Qatar International Regatta 2010 di Doha baru-baru ini.

Pelayar-pelayar lain yang diberikan harapan di China ialah Harithammry Nassation Khairulnizam Mohd Afendy dan Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan dalam kelas Laser Standard, katanya di sini hari ini.

Katanya seramai 16 pelayar elit dan pelapis kebangsaan akan menggalas cabaran Malaysia pada kejohanan di China itu dan akan bersaing dalam kelas Optimist, Laser, Internasional 420 dan 470.

Antara pelayar lain yang turut serta ialah Ahmad Latif Khan dan Muhamad Farhan Hamid (Optimist), gandingan Khairunnesa Mohd Afendy dan Norashikin Mohd Sayed (Internasional 420) serta gandingan Razman Mat Ali dan Ahmad Hakimi Ahmad Shukri (Internasional 470).

Mohd Afendy berkata pasukan itu akan bertolak lebih awal ke China untuk menjalani latihan penyesuaian menjelang kejohanan sebenar.

Sebelum ini skuad pelayaran negara turut menjalani latihan di Pattaya dengan tiupan angin kencang dan ombak besar yang bertujuan untuk membiasakan dengan suasana sedemikian jika menghadapi keadaan serupa dalam mana-mana kejohanan seperti di China.

Kejayaan pada kejohanan itu juga penting sebagai persiapan Malaysia menghadapi Sukan Asia di China November ini.

Malaysia memenangi satu pingat emas pada Sukan Asia 2006 di Doha menerusi Rufina Tan dalam kelas Optimist. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan