suria

Pahang Sasar 34 Emas Di SUKMA Melaka

KUANTAN: Kontinjen Pahang akan menghantar 456 atlet ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka dri 10 hingga 19 Jun ini dengan menyasarakan 34 pingat emas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan prestasi atlet pada Sukma lepas di Terengganu serta prestasi semasa mereka.

Katanya sasaran itu juga bagi membolehkan kontinjen Pahang sekurang-kurangnya berada di tangga ketiga atau empat daripada 15 kontinjen yang bertanding nanti.

"Kita tidak mahu pencapaian Pahang untuk tahun ini jatuh bawah daripada pencapaian lepas pada tangga keempat," kata Wan Adnan. Pada Sukam yang lepas, Pahang mengutip 31 emas, 29 perak dan 24 gangsa.

Wan Adnan berkata Pahang akan menyertai 31 daripada 33 acara di Sukma Melaka nanti termasuk tiga acara baru iaitu kabaddi, silambam dan judo. - BERNAMA

Artikel Lain