suria

Chong Wei Mara Ke Suku Akhir Badminton All England

KUALA LUMPUR: Pemain badminton pilihan utama dan pemegang pingat perak Olimpik Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton All England.

Lee memenangi pusingan keduanya menewaskan ranking ke-11 Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia pada kejohanan itu yang berlangsung di National Indoor Arena Birmingham pada Khamis.

Perlawanan itu berlangsung selama 39 minit yang menyaksikan pemain Malaysia itu mampu menjinakkan lawannya dengan 21-11, 21-17.

Seorang lagi pemain Malaysia Muhammad Hafiz Hashim dijadual bertemu dengan pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China pada hari Jumaat pukul 5 pagi (waktu Malaysia).

Dalam beregu lelaki, Gan Teik Chai/ Tan Bin Shen dan pasangan veteran Choong Tan Fook/ Lee Wan Wah dijadual bermain lewat malam ini. - BERNAMA

Artikel Lain