suria

Terengganu Kekal Kedua Menang Di Tempat Sendiri

TERENGGANU kekal di tangga kedua apabila menang 1-0 ke atas KL Plus di tempat lawan dengan Johor FC memintas Kedah di tangga ketiga selepas meraih kejayaan 2-1 ke atas Pahang di Stadium JCorp, Pasir Gudang.

Penantian tuan rumah terlerai minit ke-62 berpunca daripada sepakan leret Sumardi Halajan menyaksikan Mohd Irme Mat yang tidak dikawal sekadar menolak bola masuk menewaskan penjaga gol, Mohd Rosfaizul.

Tuan rumah terus menambah duka Pahang minit ke-66 berpunca bola sepakan lambung Mohd Nurul Azwan Roya ditanduk kemas Wan Rohaimi Ismail manakala pelawat merapatkan jurang gol minit ke-76 menerusi jaringan R Karthigesu.

Artikel Lain