KAFA Tolak Dakwaan Prestasi Merosot - Sukan | mStar

KAFA Tolak Dakwaan Prestasi Merosot

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menolak dakwaan bahawa mutu permainan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini merosot sejak dikendalikan oleh Ketua Jurulatih B. Sathianathan.

Sebaliknya, persatuan itu berkata, prestasi pasukan itu meningkat berbanding sebelum ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain "The Red Warriors" itu setelah berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super setakat ini.

"Pasukan Kelantan ini adalah lebih baik daripada sebelum ini walaupun ada pihak yang mengatakan mutu permainan agak merosot," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga KAFA di sini, hari ini.

Annuar berkata, kalau sebelum ini pasukan negeri itu tidak berupaya mengalahkan beberapa pasukan yang dianggap kuat tetapi dengan jurulatih baru itu, pasukan itu berjaya memecah kekuatan pasukan terbabit.

"Suatu perubahan yang sebelum ini tidak mampu dilakukan oleh pasukan Kelantan, dengan pimpinan baru pasukan yang dianggap kuat sebelum ini pun kita dapat dikalahkan," katanya.

Oleh itu, Annuar menegaskan Kelantan tidak bercadang untuk membuat sebarang perubahan dalam pengurusan pasukan termasuk memecat atau menukar mana-mana pemain. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan