YAKEB Terima Sumbangan RM10,000 Dari BSN

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) semalam menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), bagi membantu atlet-atlet kebangsaan yang memerlukan bantuan.

Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Mumtaz Jaafar berkata sumbangan itu merupakan hasil kutipan daripada kempen 1Ringgit 1Malaysia yang dilancarkan penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Jun tahun lepas.

Katanya kutipan itu akan digunakan sebaik mungkin bagi membantu atlet kebangsaan selaras dengan saranan Rosmah yang mahukan wang Yakeb digunakan sepenuhnya bagi tujuan itu.

Beliau berkata jumlah kutipan yang cukup besar itu menunjukkan bahawa orang ramai masih mengenang jasa bekas atlet kebangsaan yang pernah mengharumkan nama negara.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan itu di sini semalam, beliau berkata jumlah sebenar kutipan yang diperolehi melalui kempen berkenaan akan dapat diketahui di dalam masa terdekat.

"Kami turut merancang dalam masa terdekat ini untuk mengadakan satu majlis ramah mesra bersama bekas-bekas atlet kebangsaan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan," katanya.

Sementara itu Pengurus Besar/Ketua Eksekutif BSN Datuk Adinan Maning berkata tabung-tabung untuk kempen itu ditempatkan di semua 378 cawangan bank di seluruh negara sejak enam bulan lepas.

"Kami akan teruskan program seperti ini bagi membantu atlet, malah bersedia untuk mengambil mereka sebagai kakitangan bank sekiranya mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan," katanya.

Ditubuhkan pada 2007, Yakeb dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai tahun lepas dengan dana RM3 juta untuk membela kebajikan atlet negara.

Penubuhan Yakeb adalah bagi menjaga atlet-atlet yang aktif atau sudah bersara yang memerlukan perhatian dan pembelaan supaya mereka tidak terpinggir. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan