Sathia Ingatkan Anak Buah Jangan Anggap Remeh Terhadap Pulau Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengingatkan anak buahnya agar jangan pandang mudah terhadap Pulau Pinang dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun Pulau Pinang tidak menunjukkan rekod cemerlang sebelum ini, ia bukan bererti mereka tidak mampu menumpaskan tuan rumah jika pemain Kelantan cuai dalam perlawanan itu.

"Saya suka mengigatkan anak buah saya, bahawa dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku, jika kita alpa dan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menang," katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Beliau berkata walaupun Kelantan pernah menumpaskan Pulau Pinang dalam pertemuan sulung di laman sendiri sebelum ini, namun tidak mustahil pasukan pelawat itu boleh menumpaskan pasukan tuan rumah jika gagal menunjukkan kesungguhan.

Sathianathan juga mahu anak buahnya melupakan segala pengalaman pahit ketika menentang pasukan lawan sebelum ini, termasuk pernah kecundang ketika berhadapan dengan Kedah 0-1 akibat kecuaian penjaga gol Syed Adnay Syed Abdul Rahman, dua minggu lepas.

"Kita mahu kesebelasan utama kita berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mendapat tiga mata penuh dalam pertemuan dengan Pulai Pinang malam ini, walaupun terpaksa akur dengan keputusan 0-0 dengan Perak di laman lawan kelmarin," katanya.

Mengenai barisan The Red Wariors yang akan diturunkan nanti, beliau berkata pihak penal jurulatih bersetuju menurunkan kesebelasan utama yang diturunkan ketika menentang pasukan lawan sebelum ini.

Katanya Halim Napi akan diturunkan pada perlawanan bertemu Pulau Pinang dan meletakkan Syed Adney sebagai penjaga gol kedua. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan