Khairulnizam Kekal Tangga Teratas

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar elit kebangsaan Kharulnizam Mohd Afendy masih kekal di tangga teratas selepas menamatkan enam perlumbaan kategori Laser Standard pada hari kedua KFC Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2010 ketujuh di sini semalam.

Kharulnizam, 17, mempamerkan aksi cemerlang untuk terus mendahului, mengatasi rakan sepasukan Harrithammry Nassution yang menduduki tangga kedua dan ketiga Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata tiupan angin antara 12 hingga 15 knot sesuai bagi pelayar negara mengharungi cabaran.

Juara dunia, Kee Rai Bualong dari Thailand menjadi pendahulu hari kedua mengatasi pelayar elit negara Mohd Romzi Mohamad yang menduduki tangga kedua kategori Laser Radial.

Dua pelayar negara Mohd Amirul Shafiq dan Kharuneeta Mohd Afendy, yang layak mewakili skuad layar ke Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura, masing-masing kekal tempat pertama dan kedua acara Byte.

Gandingan pelayar elit, Ku Anas Ku Zainal dan Muhammad Hafizuddin Mazelan menjadi pendahulu acara Internasional 420 manakala Muhammad Zambri dan Muhammad Hanafi menduduki tempat kedua.

Pelayar Malaysia Ahmad Shukri terus menguasai untuk mendahului perlumbaan kategori Optimist, diikuti pelayar Singapura, Andrew Tang En Han (tempat kedua) dan pelayar Kedah, Muhammad Isan Ali di tempat ketiga.

Pelayar Al Mustakim Mutrin masih menjadi pendahulu kategori paralimpik yang buat pertama kali dipertandingkan dengan enam pelayar paralimpik Orang Kurang Upaya (OKU) mengambil bahagian.

Seramai 200 pelayar dari Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia, India, Belgium, Iran, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hong Kong menyertai regata anjuran Persatuan Perahu Layar Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan