Khairulnizam Punya Peluang Cerah

Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar elit kebangsaan Kharulnizam Mohd Afendy menunjukkan persembahan membanggakan walaupun julung kali menyertai kategori Laser Standard apabila menjadi pendahulu hari pertama KFC Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2010 ketujuh.

Kharulnizam, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri menunjukkan potensi mengatasi rakannya Harrithammry Nassution di tangga kedua dan ketiga Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan sebelum ini Kharulnizam dalam acara Laser Radial.

Pencapaian pelayar negara pada regata ini memuaskan, kata Jurulatih Kebangsaan, Abdul Rani Idris.

Katanya, regata ini sebagai menguji kemampuan pelayar Malaysia bagi pemilihan untuk Kejohanan layar Asia di China Mac ini.

Juara dunia Laser Radial, Kee Rai Bualong dari Thailand mengatasi pelayar elit negara Mohd Romzi Mohamad yang menduduki tangga kedua. Ketiadaan Kharulnizam, yang menjuarai Kejohanan Remaja Australia di Adelaide bulan lepas, dalam acara Laser Radial membuka peluang pelayar Thailand itu meraih kejayaan.

Dua pelayar negara, Mohd Amirul Shafiq dan Kharuneeta Mohd Afendy yang layak mewakili skuad layar ke Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua acara Byte.

Seorang lagi pelayar elit, Ku Anas Ku Zainal menjadi pendahulu acara Internasional 420 manakala Kharunnisa Mohd Afendy dan Muhamad Zamri Azlan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Buat pertama kali enam pelayar paralimpik Orang Kurang Upaya (OKU) mengambil bahagian dengan menggunakan perahu layar khas.

Pelayar Al Mustakim Mutrin menjadi pendahulu kategori paralimpik.

Seramai 200 pelayar dari Singapura, Thailand, Myanmar, Indonesia, India, Belgium, Iran, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hong Kong menyertai regata itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan