Selangor Mengganas, Rekod Tanpa Kalah Terengganu Lebur

Diterbitkan: Rabu, 27 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekalahan memalukan kepada Terengganu Sabtu lepas, nyata membakar semangat Selangor apabila skuad bimbingan K. Devan itu membelasah Johor 6-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.

Juara bertahan itu membuka jaringan seawal minit kelima permainan melalui Mohd Amirulhadi Zainal sebelum Mohd Safee Sali meledak dengan dua gol pada minit ke-31 dan 42.

Nafsu Selangor untuk memburu gol tidak terhenti setelah mendahului 3-0, apabila pemain pertahanan Mohd Razman Roslan menjaringkan gol keempat pada minit ke-52.

Mohd Amirulhadi sekali meledak gol pada minit ke-84 sebelum sepakan percuma Safiq Rahim menerjah gawang empat minit kemudian untuk keputusan penuh 6-0, sekaligus membolehkan Selangor kekal di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata.

Sementara itu, setelah meleburkan rekod tanpa kalah Selangor pada Sabtu lepas dengan kemenangan 4-0 di Kuala Terengganu, kini giliran Negeri Sembilan memecahkan rekod tanpa kalah skuad Terengganu itu.

Pemain Terengganu, Joseph Kalang Tie menjaringkan gol sendiri pada minit ke-89 selepas pada awal permainan membuka jaringan untuk Terengganu pada minit kesembilan.

Sebelum itu, Idris Karim menyamakan kedudukan buat Negeri Sembilan pada minit ke-72 untuk dan jaringan gol sendiri berkenaan membolehkan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu menang dengan keputusan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jaringan tunggal Mohd Harris Safwan pada minit ke-46 untuk membolehkan T-Team menewaskan Perlis 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Di Stadium Negeri, Batu Kawan pula, Pulau Pinang gagal mengekang asakan Kedah apabila tewas 0-3 menerusi gol-gol pada separuh masa kedua hasil jaringan Azmi Muslim (minit ke-56), Azlan Ismail (minit ke-71) dan Saramsak Kram (minit ke-85).

Perak dan Kelantan pula mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi di Stadium Perak di Ipoh.

Kuala Lumpur pula seri 1-1 dengan Pahang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras apabila Mohd Badruk Hisyam Azmi menyamakan kedudukan pada minit ke-84 setelah Pahang membuka jaringan melalui Mohd Azamuddin Akil seawal minit kesembilan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan