Schumi Sasar Kejuaraan Kelapan

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Schumacher (kanan) dan Nico Rosberg bergaya di depan kereta lumba baru Mercedes GP Petronas di Muzium Mercedes, Stuttgart, selatan Jerman pada 25 Januari lalu. - Foto AFP
Michael Schumacher (kanan) dan Nico Rosberg bergaya di depan kereta lumba baru Mercedes GP Petronas di Muzium Mercedes, Stuttgart, selatan Jerman pada 25 Januari lalu. - Foto AFP

STUTTGART: Michael Schumacher kembali ke pentas Formula One (F1) dengan pasukan Mercedes GP Petronas dalam usahanya merebut kejuaraan kelapan perlumbaan F1 ketika usianya sudah mencecah 41 tahun.

Walaupun bersara tiga tahun lalu, bekas pemandu pasukan Ferrari kelihatan langsing dan bersahaja bersama rakan sepasukan Nico Rosberg dari Jerman semasa sesi pengenalan pasukan Mercedes GP Petronas.

"Ia suatu perasaan luar biasa dan teruja," kata Schumacher semasa penampilan sulung untuk pasukan barunya sejak mengumumkan beliau kembali berlumba pada bulan lalu.

"Akhirnya persaingan musim F1 2010 akan bertambah rancak.

"Saya mesti mengatakan saya komited sepenuhnya untuk menyahut cabaran baru ini. Musim baru ini seolah-olah suatu permulaan semula kepada saya dan saya sangat bermotivasi," kata pemandu F1 paling berjaya itu.

Jentera yang diperkenalkan kepada media pada majlis pelancaran yang meriah tersebut ialah kereta lumba Brawn GP 2009.

Kereta berprestasi tinggi itu yang sana membantu pelumba Jenson Button dari Britain merangkul kejuaraan.

Ia dicat semula dengan warna 'Silver Arrows' yang membangkitkan semangat perlumbaan pasukan Mercedes GP.

Muzium Mercedes itu merupakan tirai latar paling sesuai untuk kereta Mercedes yang berkuasa tinggi walaupun direka bentuk hampir sebahagian besar oleh Honda.

Kereta itu, kini Mercedes, juga melakar sejarah F1 apabila membantu Brawn memenangi kejuaraan 'constructor' dalam percubaan pertama.

Kereta Mercedes MGP W01 bakal memperlihatkan kehebatannya kepada umum apabila ia dipandu uji di litar perlumbaan Valencia, Sepanyol pada 1 Februari nanti.

Kereta baru itu merupakan "Silver Arrow" yang pertama sejak Mercedes bersaing sebagai satu pasukan pada tahun 1955.

"Saya tidak sabar untuk memandu kereta buat pertama kali di Valencia," kata melalui satu rakaman video.

Video itu memaparkan beliau melangkah keluar dari kereta lumba Mercedes SLR berwarna merah.

Menurut kenyataan pasukan Mercedes, ia adalah simbolik terhadap rekod prestasi beliau bersama Ferrari yang gilang-gemilang.

"Saya yakin Mercedes GP berada pada posisi terbaik untuk bersaing mencipta kejayaan musim ini. Saya akan memberikan yang terbaik," tambah Schumacher yang kebetulan berlumba untuk pasukan Mercedes sebelum bersaing dalam F1 pada tahun 1991.

"Memandu Mercedes-Benz sekali lagi seperti melengkapkan satu kitaran bagi saya. Ini kerana saya memulakan kerjaya perlumbaan saya dengan bintang berbucu tiga di topi keledar saya.

"Ini antara lain sebab saya tidak sabar menantikan perlumbaan bermula," ujarnya.

Button berpindah ke pasukan McLaren yang berenjinkan Mercedes sejak berakhirnya musim lalu bersama Lewis Hamilton, juara dunia 2008.

Prinsipal pasukan McLaren, Martin Whitmarsh dijemput ke pelancaran tersebut.

Musim depan akan mempunyai satu subplot Jerman lawan Britain. Ini kerana Mercedes membariskan semua pelumba dari Jerman sementara McLaren mengetengahkan pelumba Inggeris.

Prinsipal pasukan Mercedes, Ross Brawn menantikan momen beliau dapat bekerjasama dengan Schumacher.

Brawn ialah bekas pengarah teknikal Ferrari yang memimpin pengurusan membayar sejumlah wang untuk keluar dari pasukan tersebut selepas Honda menarik diri pada akhir 2008.

"Bekerjasama dengan Michael ialah suatu yang cukup istimewa... Tidak pernah terfikir ia akan berlaku sekali lagi," katanya kepada para hadirin seramai 600 orang. - REUTERS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan