PHM Cari Penaja Tanggung Gaji Jurulatih Asing

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) sedang berusaha mendapatkan penaja untuk membayar khidmat jurulatih asing yang bakal dilantik untuk membimbing skuad kebangsaan.

Presiden PHM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkata, pihaknya mahu berkongsi kos membayar gaji jurulatih asing itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kita sudah mengenalpasti dua jurulatih asing dan akan memilih calon yang sesuai dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada atlet dan pegawai dari Pahang yang berjaya pada temasya Sukan SEA Laos bulan lepas.

Mengenai kedudukan jurulatih Tan Beng Hai pula, Tengku Abdullah berkata, khidmatnya masih diperlukan dalam pembangunan sukan hoki negara dan tahap pasukan negara dapat dipertingkatkan dengan bimbingan jurulatih asing.

Pada majlis itu, tiga pemenang emas Sukan SEA masing-masing menerima wang tunai RM3,000, enam pemenang pingat perak menerima RM2,000 setiap seorang manakala tujuh pemenang pingat gangsa masing-masing mendapat RM1,000. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan