Liga Super: Terengganu Lebur Rentak Kemenangan Selangor

Diterbitkan: Ahad, 24 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terengganu muncul pasukan yang meleburkan rekod bersih Selangor yang memenangi empat perlawanan berturut-turut di dalam saingan Liga Super apabila menewaskan skuad 'The Red Giants' itu 4-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan Terengganu menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum pernah tewas setelah mengharungi lima perlawanan Liga Super setakat ini.

Selangor bagaimanapun kekal di tangga teratas Liga Super dengan 12 mata diikuti rapat Terengganu yang mengumpul 11 mata termasuk tiga mata dari kemenangan malam ini.

Dua daripada empat gol Terengganu disumbangkan oleh Abdul Manaf Mamat melalui sepakan penalti pada minit ke-33 dan 90 manakala Mohd Ashaari Shamsuddin dan Joseph Kalang Tie masing-masing menjaringkan satu gol pada minit ke-10 dan 76.

Perlis pula melonjak ke tangga ketiga liga apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Utama Negeri, Kangar untuk mengumpul 10 mata.

Wan Mohd Shukri membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-25 manakala Ahmad Fakri Saarani memastikan tiga mata milik Perlis apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-73.

Di Stadium Sultan Muhammed ke-IV, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang tertekan setelah hanya mencatatkan satu kemenangan daripada empat perlawanan membuktikan mereka masih perlu dihormati.

Skuad 'The Red Warriors' itu membelasah Johor FC 4-1 apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18 namun disamakan oleh Mohd Riduwan Moin tiga minit kemudian untuk keputusan 1-1 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan menjaringkan tiga gol melalui Azizi Mat Rose (m-46), Indra Putra Mahayuddin (m-50) dan Norfarhan Mohammad pada minit ke-72.

Kedah dan Perak pula terikat 1-1 di Stadium Darulaman, Alor Setar apabila Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71 setelah Razali Umar Kandasamy membuka jaringan pelawat pada minit ke-45.

KL Plus dan Kuala Lumpur turut berkongsi satu mata apabila seri tanpa jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Kelana Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan