Skuad Sepak Takraw SUKMA Terengganu Guna Khidmat Jurulatih Thailand

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Skuad sepak takraw Terengganu yang mensasar untuk memperoleh pingat emas pada Sukma 2010, mula mendapat sentuhan bekas jurulatih kebangsaan Thailand Wittayabontal.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata Wittayabontal mula mengendalikan latihan pasukan Terengganu sebaik tiba di sini 6 Januari lalu.

"Sejak dia latih, kita nampak banyak kemajuan dalam pasukan Terengganu. Baik corak permainan mahupun stamina kerana disiplin ketat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Mohd Shapian berkata jurulatih berumur 47 tahun, kelahiran Bangkok itu sebelum ini pernah melatih pasukan Laos yang berjaya mengalahkan pasukan Malaysia di Sukan Sea, tahun lepas.

Beliau berkata latihan pasukan Terengganu dibuat dalam tiga fasa iaitu 6.30 pagi (berlari), diikuti latihan tubi (9.30 pagi) dan latihan di gelanggang (12 tengahari hingga 6 petang).

Mohd Shapian berkata Terengganu adalah antara negeri yang terawal membuat persediaan dan akan menyenaraikan 15 orang pemain untuk beraksi dalam Sukma di Melaka nanti.

Beliau berkata kehadiran Wittayabontal ke negeri ini ditaja oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan beliau akan berada di sini sehingga tamat Sukma.

Katanya seramai 18 orang pemain ditempatkan bersama-sama Wiuttayabontal di Komnpleks Belia dan Sukan, Jalan Pasir Panjang di sini sebelum mereka ditempatkan dalam satu kem April ini.

Mohd Shapian berkata skuad sepak takraw Sukma Terengganu, setakat ini telah diuji dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di kejohanan sepak takraw terbuka Dungun beberapa hari lepas.

Skuad itu sekali lagi akan diuji apabila MSNT menganjurkan Sukan Terengganu (Sutera) yang dijangka disertai tujuh negeri pada 5 hingga 7 Febuari ini, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan