suria

PST Menang Siri Kelas Utama Perlumbaan Lasak Pertama Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Petronas Syntium Team (PST) memulakan kempen 2010 penuh bergaya dengan kemenangan yang tidak dapat dilupakan dalam cubaan pertama perlumbaan 24 jam yang amat sukar dalam perlumbaan lasak Dubai yang berakhir di litar lumba Dubai Autodrome minggu lepas.

Pasukan itu dianggotai Fariqe Hairuman dari Malaysia, dua pelumba Jepun Masataka Yanagida dan Nobuteru Taniguchi dalam kenderaan pasukan BMW Z4 Coupe, juga meraih kedudukan kedua keseluruhan dalam perlumbaan itu.

PST mencatat masa 24 jam, 2 minit dan 30.695 saat, meliputi sejumlah 605 pusingan di litar lumba sejauh 5.39km di Dubai Autodrome circuit dalam kelas A5.

"Perlumbaan lasak dua hari itu bermula Jumaat dan tamat pada Sabtu," menurut satu kenyataan dari Bahagian Petronas Motorsports, di sini hari ini.

Kelas A5 itu adalah bagi enjin yang menggunakan petrol dengan kuasa kuda dari 3000 ke 3499.

Tempat kedua dalam kelas A5 ialah Al Faisal Racing 1 dari Arab Saudi yang mencatat 24:02.32.271s bagi sejumlah 603 pusingan.

Pasukan kedua PST, yang dipandu oleh pemandu dari Jepun Tatsuya Kataoka, Manabu Orido, Kosuke Matsuura, Hiroki Yoshida (pemandu simpanan) dan pemandu remaja Malaysia Johan Adzmi terpaksa menghadapi beberapa masalah sepanjang perlumbaan lasak yang sukar untuk menduduki tempat ketiga dalam kelas A5petrol.

Pasukan kedua PST mencatat masa 23:11.53.547s bagi 555 pusingan.

Pemenang keseluruhan bagi perlumbaan Dubai 24 Hour ialah pasukan Imsa Performance MatMut 2 dari Perancis dengan Christophe Bourret, Pascal Gibon dan Tichard Balandras di belakang stering.

Memandu di dalam kelas A6 bagi enjin petrol 3500 - 4000 kuasa kuda, pasukan yang memandu Porshe mencatat 24:01.34.668s untuk 608 pusingan.

Prinsipal pasukan PST David Wong berkata: "Ini ialah kemenangan pertama kami bagi 2010 dan ia merupakan satu pencapaian yang utama bagi PETRONAS Syntium Team terutama bagi satu daripada perlumbaan lasak 24 jam di dunia!

"Kami telah membuktikan bahawa PETRONAS Syntium Team mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan kami amat bangga dengan pencapaian ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain