Chong Wei Mara Ke Perlawanan Akhir Terbuka Korea

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain Denmark, Peter Gade Christensen pada Siri Super Badminton Terbuka Korea yang akan berlangsung esok di Stadium Lawan Pedang Olimpik, Seoul.

Pemain perseorangan utama negara itu berjaya melepasi halangan pemain China, Chen Jin pada saingan separuh akhir hari ini apabila menang dengan keputusan 'straight set'.

Chong Wei hanya memerlukan 37 minit untuk menewaskan Chen Jin yang juga pemain perseorangan kedua China dengan keputusan 21-11, 21-13.

Kemenangan ini membolehkan Chong Wei meneruskan pemburuan untuk menjuarai Terbuka Korea yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$300,000 (RM1.02 juta) dan gelaran pertamanya tahun ini.

Halangan terakhir Chong Wei adalah Pete Gade, bekas pemain nombor satu dunia yang turut menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menewaskan seorang lagi pemain China pada peringkat separuh akhir hari ini.

Pemain veteran berusia 33 tahun itu menewaskan Chen Long dalam perlawanan yang berlarutan sehingga 62 minit dengan perlawanan tiga set; 21-13, 10-21, 21-17.

Ketiadaan wakil China di dalam saingan perseorangan lelaki pada perlawanan akhir bagaimanapun berjaya ditebus oleh rakan sepasukan mereka yang lain dalam empat kategori iaitu perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Gelaran beregu campuran pasti menjadi milik China apabila dua pasangannya akan bertarung sesama sendiri pada perlawanan akhir di antara iaitu He Hanbin-Yu Yang dan Tao Jiaming-Zhang Yawen.

KEPUTUSAN PENUH:

PERSEORANGAN LELAKI: Lee Chong Wei (MAS) mng Chen Jin (Chn) 21-11, 21-13; Peter Gade Christensen mng Chen Long (Chn); 21-13, 10-21, 21-17.

PERSEORANGAN WANITA: Sung Ji Hyun (Kor) mng Bae Seung Hee (Kor) 21-18, 17-21, 21-9; Wan Shixian (Chn) mng Kim Moon Hi (Kor); 21-17, 22-20.

BEREGU LELAKI: Cai Yun-Fu Haifeng (Chn) mng Hiroyuki Endo-Yoshiteru Hirobe (Jpn) 21-15, 21-14; Jung Jae Sung-Lee Yong Dae (Kor) mng Chai Biao-Zhang Nan (Chn) 21-16, 22-20.

BEREGU WANITA: Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa (Jpn) mng Jung Kyung Eun-Yoo Hyun Young (Kor) 14-21, 21-17, 21-14; Cheng Shu-Zhao Yunlei (Chn) mng Ha Jung Eun-Lee Kyung Won (Kor) 21-5, 21-14.

BEREGU CAMPURAN: He Hanbin-Yu Yang (Chn) mng Nariyasu Hirata-Miyuki Maeda (Jpn) 21-8, 21-14; Tao Jiaming-Zhang Yawen (Chn) mng Flandy Limpele (Ina)-Cheng Wen Hsing (Tpe) 21-12, 21-17.

- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan