Selangor Kekalkan Kejuaraan Buat Kali Ke-23

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasukan pilihan, Selangor, meraih tiga lagi pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Boling Antara Negeri ke-23 bagi kali ke-23 berturut-turut.

Dalam kejohanan yang diadakan di Pyramid Mega Lanes di sini, juara bertahan itu memenangi pingat emas masing-masing dalam acara All-events lelaki dan wanita selain acara berpasukan lelaki untuk sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan.

Selepas tiga hari pertandingan, Selangor mengumpul tujuh emas, empat perak dan empat gangsa.

Kuala Lumpur terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan empat emas, empat perak dan empat gangsa manakala Sabah pula ketiga setelah meraih tiga emas, satu perak dan satu gangsa.

"Ini adalah pencapaian yang memberangsangkan untuk para pemain. Sungguhpun kami telah pun menjangkakan saingan sengit daripada negeri lain dan berdepan tentangan hebat dalam pertandingan ini, namun pemain kami berjaya memberi persembahan terbaik mereka," kata Pengurus Pasukan, Mat Salleh.

Diperkuatkan oleh pemain kebangsaan, Zaid Izlan Ibrahim Hakimi, Alex Liew, Kelvin Keong dan Zulmazran Zulkifli, Selangor menunjukkan kehebatan mereka dalam acara lelaki berpasukan untuk memenangi emas buat Selangor dengan melakukan 5,221 jatuhan pin.

Pulau Pinang di tempat kedua dengan perbezaan 326 jatuhan pin manakala Johor pula mengumpul 4,713 pin untuk meraih gangsa.

Dalam kategori Wanita, kuartet wanita Selangor, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Zatil Iman Abdul Ghani dan Illi Syazana terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan 4,781 jatuhan pin setelah mereka ditumpaskan oleh kuartet dari Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur yang dibarisi oleh Sharon Koh, Wendy Chai, Hee Kar Yen dan Cherly Cheong mengumpul 5,174 jatuhan pin untuk memenangi pingat emas, manakala Johor membawa pulang gangsa setelah mengumpul 4,694 jatuhan pin.

Dalam kategori Remaja Wanita, Sabah merangkul pingat emas selepas melakukan 4,609 jatuhan pin, iaitu 68 mendahului jumlah yang dikutip Sarawak dengan jumlah terkumpul 4,541 jatuhan pin. Selangor memenangi gangsa dengan 4,514 jatuhan pin.

Sementara itu, kombinasi Chan Wei Siang, Mohd Haziq Sahli, Syed Mohd Hafiz Syed Hussein dan Mohd Faizal Rahmat melakukan 4,943 jatuhan pin bagi memenangi emas untuk Johor dalam kategori remaja lelaki.

Pasukan Sarawak membawa pulang pingat gangsa dengan jumlah terkumpul 4,800 jatuhan pin manakala kuartet Melaka memenangi gangsa dengan 4,792 jatuhan pin.

Zulmazran Zulkifli dan Siti Safiyah Amirah masing-masing memenangi pingat emas acara All-events lelaki dan wanita, bagi Selangor.

Zulmazran menang dengan jumlah keseluruhan 4,284 jatuhan pin manakala Siti Safiyah pula dengan 3,980 jatuhan pin.

"Saya telah melakukan yang terbaik pada Isnin dan segala-galanya berjalan dengan baik hari ini. Semalam, lorong lebih kering dan saya berdepan kesukaran dalam permainan saya. Saya gembira kerana dapat bangkit semula dan memenangi tiga pingat emas," kata Zulmazran.

Sementara itu, peserta dari Kuala Lumpur Nur Diana Husin dan Ozzer Othaman dari Sabah menjuarai kategori All-events remaja wanita dan remaja lelaki masing-masing dengan 3,652 dan 3,979 jatuhan pin.

Semua pemenang pingat emas yang baru menamatkan Kejohanan Boling Antara Negeri layak ke acara akhir Kejohanan Masters Kebangsaan pada Sabtu ini.

Sementara itu, pusingan kelayakan bagi kejohanan Masters itu diteruskan sehingga Jumaat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan