suria

Kelantan Belasah Johor, Perlis Kecewakan Kedah

KUALA LUMPUR: Skuad Kelantan mempamerkan persembahan bertenaga dengan membelasah Johor 3-0 dalam satu perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

The Red Warriors kendalian jurulatih B. Satianathan membuka tirai jaringan menerusi penyerangnya Akmal Rizal Ahmad Rakhli seawal minit kedua dan diikuti jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi (minit ke-49) serta Indra Putra Mahayuddin (minit ke-57).

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah gagal menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Perlis.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Mohd Azrul Ahmad pada minit ke-18.

Sementara di Stadium JCorp, Pasir Gudang, perlawanan di antara Johor FC dengan Negeri Sembilan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Gol Johor FC dijaringkan oleh Wan Rohaimi Wan Ismail pada minit ke-75 manakala Negeri Sembilan menerusi sepakan Norizam Salaman (ke-83). - BERNAMA

Artikel Lain