suria

Selangor Mulakan Rentak Kekal Kejuaraan

PETALING JAYA: Selangor memulakan langkah kanan untuk mengekalkan kejuaraan selepas menunjukkan persembahan memberangsangkan pada hari pembukaan Kejohanan Boling Antara Negeri ke-23 di Pyramid Megalanes, Bandar Sunway, dekat sini, semalam.

Selangor mengumpul dua pingat emas dan sebutir perak adalam acara perseorangan lelaki dan wanita untuk mendahului pasukan lain pada kejohanan tahunan tersebut.

Pingat emas diperoleh oleh pemain elit lelaki Zulmazran Zulkifli dan elit wanita Zandra Aziela Ibrahim.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Sidney Tung berkata, pertandingan kali ini adalah lebih mencabar bagi pemain elit negara dan pemain negeri.

Dalam saingan perseorangan, Zandra Aziela, 23, menjatuhkan 1,382 pin serlepas enam perlawanan dengan siri catatan 246, 234, 216, 229, 257 dan 200 untuk merangkul emas bagi pasukan Selangor.

Pingat perak disandang oleh pemain senegeri Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, yang mencatatkan 1,372 jatuhan pin diikuti pemain Sarawak, Jacqueline Sijore dengan 1,331 jatuhan pin.

Dalam pada itu, Zulmazran meninggalkan jauh pencabarnya apabila mendahului saingan mulai perlawanan pembukaan sehingga tamat dengan mengumpul catatan 298, 279, 237, 278, 277 dan 248 untuk jumlah 1,617 jatuhan pin.

Zulmazran juga mengatasi rekod 1,409 pin yang dicipta oleh Alex Liew dalam enam perlawanan pada kejohanan tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain