suria

KAFA Perkenal Empat Anugerah Pada Media

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan memperkenalkan empat kategori anugerah kepada golongan media yang membuat liputan mengenai aksi pasukan negeri dalam saingan Liga Super musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KAFA, Tuan Hashim Tuan Yaacob berkata, empat kategori tersebut ialah gambar terbaik, liputan berita terbaik, audio visual terbaik dan blogger terbaik.

"Semuanya dinilai melalui laporan media tempatan yang disiar sama ada di surat khabar atau media eletronik sepanjang tahun ini kecuali blogger," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat keselamatan di sini, hari ini.

Menurutnya, penerima anugerah akan menerima hadiah istimewa dari KAFA pada penghujung musim bola sepak tahun ini. - BERNAMA

Artikel Lain