Spurs Letak Harga 'Gila' Ke Atas Robbie Keane - Sukan | mStar

Spurs Letak Harga 'Gila' Ke Atas Robbie Keane

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kapten Tottenham Hotspurs, Robbine Keane nampaknya terpaksa melupakan hasrat untuk berpindah kelab apabila pengurusnya Harry Redknapp meletakkan harga "gila" ke atas kepala pemain itu.

Redknapp berkata, jika ada kelab yang sanggup meletakkan harga Pound Sterling 50 juta ke atas pemain itu, Spurs sedia berunding.

Bagi Keane yang kini sudah mencecah 29 tahun, sudah tentulah harga yang diletakkan itu tidak memungkinkan mana-mana kelab berani melamarnya dari Spurs.

Keane sebelum ini dikaitkan dengan Aston Villa dan kelab Scotland, Celtic.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan