suria

Liverpool Sah Jual Veronin dan Dossena

LIVERPOOL: Pasukan yang dilabelkan sebagai "the top four" iaitu Liverpool semalam mengumumkan penjualan dua bintang utamanya yang "flop" iaitu Andriy Veronin dan Andrea Dossena.

Jurucakap Liverpool mengumumkan Voronin telah dijual pada harga Euro 2 juta kepada kelab Rusia, Dynamo Moscow manakala Dossena pula dijual pada harga Euro 4.25 juta kepada kelab Itali, Napoli.

Napoli yang pernah menjuarai Serie A ketika diterajui oleh Diego Maradona kini berada di tangga ke-4 liga.

Sejak menyertai Liverpool pada tahun 2008, Dossena hanya berjaya menjaringkan satu gol sahaja daripada 18 permainan dalam liga perdana.

Dia juga bermain dalam lapan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Dossena yang pernah mewakili Itali sebanyak 10 kali mendesak Liverpool melepaskannya kerana khuatir dia gagal mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia Itali jika tidak bermain secara regular dalam pasukan Liverpool.

Sebelum menyertai Liverpool, Dossena pernah bermain untuk pasukan Verona, Treviso dan Udinese.

Sementara itu Pengurus Liverpool Rafa Benitez berkata, dia membuat keputusan untuk menjual pemain Ukraine itu kerana tidak dapat memberi jaminan dalam tempat kesebelasan utama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain